Barbara Knox

Barbara Knox MBE (lahir 30 September 1933), adalah seorang pelakon British. Beliau dikenali dengan watak beliau sebagai wakil penjual akhbar Rita Tanner di drama bersiri Coronation Street. Beliau telah menjadi pelakon sepenuh masa selama lebih daripada 45 tahun, setelah muncul dalam satu episod sebagai Rita pada tahun 1964, sebelum menjadi ahli tetap sejak tahun 1972 dan seterusnya.[2]Pada 28 Mac 2014 dilaporkan bahawa dia telah ditangkap kerana disyaki memandu ketika di bawah pengaruh alkohol di bandar kelahirannya di Knutsford, Cheshire.[3] Pada 4 April Knox dituduh secara rasmi, dan dia muncul di Mahkamah Majistret Macclesfield pada 24 April.[4] Pada 23 Januari 2015 dia mengubah pengakuannya kepada bersalah. Dia dilarang memandu selama setahun, dan didenda dengan sejumlah kos sebanyak £3,000 dan £1,750.[5]

Barbara Knox

Pekerjaan Pelakon
Pasangan Denis Mullany (k. 1956–1977, cerai)
John Knox (k. 1977–1994, cerai)
Anak 3
Televisyen Coronation Street (1964, 1972-)[1]
Kelahiran Barbara Brothwood
(1933-09-30) 30 September 1933 (umur 86)
Oldham, Lancashire, England, Uk